Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menafikan kenyataan palsu di bawah serta menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Ia suatu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. DUPP mengharapkan agar semua pihak tidak termakan dengan fitnah yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak.
Mereka barangkali terlupa bahawa setiap perbuatan manusia dicatat disisi-Nya dan tidak akan terlepas daripada pengetahuan Allah SWT.
DUPP sentiasa mengalu-alukan semua pihak membantu mangsa-mangsa banjir tidak kira apa jua latarbelakang mereka. Sesungguhnya setiap amal kita dikira sebagai ibadat meskipun sekecil zarah, insyAllah.
Sekian.
DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

It’s frustrating to see misinformation spreading about such critical topics. The way false claims can undermine trust in relief efforts is alarming. Clear communication is essential for supporting communities Geometry Dash Lite!
ReplyDelete